...:::Dindingan Hidup Santapan Rohani:::...

Mukadimah
Assalamualaikum.
Zikir adalah perkataan yang diulang-ulang menjadi mainan bibir dalam mengisi ruang-ruang kosong seharian. Dalam zikir, tiada had jumlah bacaan yang ditetapkan,  tiada waktu yang ditetapkan dan boleh dilakukan bila-bila masa.  Namun dalam ilmu zikir, ada jumlah-jumlah dan waktu-waktu yang tertentu  dibaca untuk mendapatkan sesuatu kelebihan dan nikmat-nikmat kehidupan.  Zikir dapat membentuk satu keperibadian yang tinggi bagi individu, keluarga dan masyarakat di samping menjadi dindingan dari gangguan iblis, syaitan dan jin, ia juga dapat menjadi makanan rohani dan menimbulkan aura secara semulajadi tanpa disedari.

Dunia semakin tua, kebanyakan masyarakat memandang rendah perkara ini.  Pelbagai alasan diberikan untuk mengelak dari melakukan zikir.  Antaranya, 'tak sempat', 'benda sunat, tak buat pun takpe', 'malas', dan macam-macam lagi.  Semua alasan untuk kepentingan diri.  24 jam sehari Allah jadikan waktu, rasa-rasanya tidak rugi kalau kita meruangkan 15 minit untuk membuat amalan ringkas. Sedarlah...

Di sini saya sertakan serba sedikit amalan-amalan zikir yang mudah untuk dibaca, mudah-mudahan kita sama-sama mendapat nikmat dan rahmat dari Allah S.W.T.  Harus diingat bahawa zikir dilakukan kerana Allah, bukan kerana mahukan sesuatu!! Wassalam.

Dindingan diri :
Diamalkan Selawat 7x Surah Al-Fatihah 7x.
  • Seelok-eloknya dibaca waktu pagi ketika hendak keluar rumah.
  • Dapat menghindarkan halangan, gangguan, bala bencana dan memudahkan segala urusan harian dalam menjalani kehidupan serta membuka lembaran kehidupan.

BISMILLAH... DAN KELEBIHANNYA.
  • Dibaca Bismillahi Rahmani Rahim 21x ketika hendak tidur bagi menghindarkan gangguan iblis dan syaitan ketika tidur.
  • Dibaca Bismillahi Rahmani Rahim 57x, untuk kecerdasan akal fikiran anak-anak.
  • Dibaca Bismillahi Rahmani Rahim 84x, untuk kasih sayang umum.
  • Dibaca Bismillahi Rahmani Rahim 201x, untuk membuka pintu rezeki dan juga pelaris perniagaan.
  • Dibaca Bismillahi Rahmani Rahim 275x, satu keagungan kehidupan dalam membangunkan keluarga

Serba sikit amalan yang mudah untuk sama-sama kita lakonkan dalam mencari keredhaan Illahi. Saya akan menambah lagi amalan-amalan yang mudah dibaca pada masa akan datang, insya Allah.
Sekian wassalam...

*Sebarang pertanyaan, sila email : m_zahir83@yahoo.com