Satu perkara pasti kita tempuh adalah mati. Cuma jarak waktu membezakan sama ada lambat atau cepat. Ia tidak mengenal pangkat darjat kedudukan, pasti jumpa kematian. Walau bertapa hebat pun seseorang itu dengan ilmu kebal tidak lut ditikam, tidak tembus dihunus pasti akan mati bila tiba ketikanya. Apabila telah tertulis, maka tidak akan berganjak waktu walau sesaat pun kematian itu.
Ucapkanlah syukur alhamdulillah di waktu bangkitnya tidur kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan. Jalani kehidupan sebaik2nya, elakkanlah sikap suka bertangguh kerna belum tentu esok kita masih bernafas. Andai esok kita telah tiada, adakah cukup amalan, jariah untuk dibawa bekal??? Mudah2an kita tidak berjumpa keadaan mati sebelum dimatikan. Sama2lah kita mengingatkan diri sendiri.
Syukur alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment