Monday, March 21, 2011

Kursus Irama Gendang Silat Aliran Utara

Pada 18 Mac jam 9.00 malam bermulanya aku dan rakan2 mengikuti kursus gendang silat aliran utara yang berlangsung selama 1 hari 2 malam bertempat di Parit Nipah, Parit Jawa, Muar. Tenaga pengajar ialah En. Khairul Hafiz b. Abd. Rahman dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi yang berpengalaman luas dalam bidang kesenian irama gendang aliran utara. Peserta kursus seramai 10 orang yang mempelajari gendang silat aliran utara yang dipanggil lagu berjalan. Satu pengalaman baru dalam arena gendang persilatan dalam kumpulan kami mendalami irama rentak gendang silat aliran utara.

Di sini aku letakkan gambar2 semasa di akhir kursus, semasa kursus tak sempat nak amik gambar. Gambar diambil dari kamera rakan (Taufik) :




Peserta bergambar bersama tenaga pengajar dan tetamu-tetamu dari rakan persilatan
Duduk dari kiri : Black, Wan, Abg Joe, Abg Nazmi, En. Khairul, Zahir, Taufik




Aksi-aksi setelah tamat kursus dgn wajah keletihan dalam keceriaan...hehehe








Gambar yg kat bawah ni ada 2 orang tertinggal tgh asyik amik gambar, teka siapa??



Terima kasih kepada tenaga pengajar dan tetamu-tetamu yg hadir dalam menyokong dan memberi galakan dalam kursus yang singkat ini. Sebarang kekurangan dan kesilapan secara langsung ataupun tidak, kami pohon ribuan ampun dan maaf.

Nasihat kepada diri sendiri dan rakan, teruskan usaha hingga berjaya. Belajarlah seberapa banyak irama gendang persilatan selagi terdaya dalam perjuangan mengekalkan adat dan kesenian dalam dunia persilatan yg semakin pupus di telan zaman.

2 comments: