Apa guna menabur janji jika untuk dimungkiri?
Banyak perkara jika dikaitkan dgn perkataan janji ini. Dlm pergaulan jgnlah suka kita berjanji, elakkan dari berjanji kerana di situ jika tidak dilaksanakan akan mengundang hilangnya kepercayaan masyarakat. Dicontohkan dalam pergaulan masyarakat, jika kita berbuat baik berkali-kali akan dipandang baik sekali, jika kita berbuat jahat sekali dipandang jahat selamanya. Begitu juga dgn kata-kata janji, jika dimungkiri akan menghilangkan kepercayaan masyarakat kpd individu terbabit. Kita dikurniakan akal fikiran, gunakanlah sebaik mungkin sebelum melafazkan janji kerana akan mendatangkan padah. Adalah lebih baik jika berterus terang sebelum berjanji dgn memberi jawapan samada ya atau tidak. Ada juga sesetengah masyarakat apabila berjanji dgn niat tidak mahu menepatinya hanya dgn melafazkan 'insya Allah', lebih baik kita berterus terang dari mempersendakan kalimah agung. Hati-hati kerana boleh mengundang petaka.
Amatlah panjang perkara yg boleh dikaitkan dgn perkataan janji ini, banyak kebaikkan jika dituruti, banyak juga keburukan jika diingkari. Cukuplah di sini.
Ingatlah janji kita yg pertama sbg muslim. Di situ saja banyak cabangan yg perlu dilaksana.
No comments:
Post a Comment