Menyelami naluri seseorang dengan titisan air yg tidak seberapa. Terasa kebuntuan yg amat berat hinggakan tiada penyelesaian. Ingin melarikan diri dari masalah makin berat masalah, sengaja ingin mati nanti kufur diri. Terasakan hingga tiada daya upaya yg mampu dilakukan lagi. Hanya ditemani cinta dan airmata yg semakin kering untuk melayan duka nestapa. Sungguh kukuh tembuk bagai tidak mampu untuk dirempuh lagi. Dimanakah cahaya yg menyuluh liku2 kehidupan ini? Terangilah diri agar bersinar seperti pelangi mewarnai keindahan pagi.
Sedikit sebanyak itulah yg aku rasa apa dirasa. Tidak mampu aku menjual emas untuk bersedekah kerana di situ dikhuatiri adanya riak. Tidak aku mampu membeli jika tiada tawaran untuk dijual. Aku hanya mampu menadah tangan bersama-sama teman mengharapkan setitis embun membasahi bumi gersang agar subur kembali.
Bertafakur sejenak, pasrah kepadaNya akan mendatangkan keredhaan menempuh ujian. Ingatlah, bahawa dalam cinta itu adanya halangan, dlm halangan itu adanya kesengsaraan, dalam kesengsaraan itu adanya kemarahan, dalam kemarahan itu adanya hilang pertimbangan, dalam hilang pertimbangan adanya kesesatan, dan kesesatan itulah yg dijanjikan iblis untuk anak cucu Adam. Baliklah semula di lawangan fajar menanti pancaran suria menyinari alam.
No comments:
Post a Comment